Saturday 18 May 2013

Pemilihan Bahan Bacaan

Pemilihan bahan bacaan


Tujuan pemilihan bacaan adalah sangat penting. Ia perlulah bersesuaian dengan peringkat umur. Hal ini disebabkan penggunaan kosa kata yang berlainan serta berbeza. Contohnya, buku- buku ilmiah menggunakan bahasa dan kosa kata dari aras yang tinggi. Hanya orang dewasa sahaja yang mampu memahaminya. Jika diberikan pada kanak- kanak ,sudah pasti mereka tidak dapat memahami teks tersebut.


Terdapat dua jenis bahan bacaan iaitu bahan bacaan fiksyen dan bukan fiksyen. Bahan bacaan fiksyen ialah bahan yang biasanya dibaca pada waktu lapang dan digolongkan dalam bahan bacaan yang ringan. Sebaliknya, bahan bacaan bukan fiksyen pula ialah bahan bacaan ilmiah dan mengandungi pelbagai maklumat yang penting di samping penggunaan bahasa yang tinggi.



Jenis-jenis bahan Bacaan

1. Bahan Bacaan Mekanis (Bersuara)






Membaca bersuara sering juga menggunakan nama-nama yang berbeza seperti membaca mekanis, membaca oral, membaca ulat dan membaca nyaring. Walau apa pun nama yang digunakan, membaca mekanis ini merupakan satu aktiviti membaca yang disuarakan dengan jelas untuk menangkap dan memahamkan informasi, fikiran dan perasaan seseorang pengarang.


Orang yang membaca harus mempunyai kemampuan untuk memaknakan apa sahaja yang tersirat dalam bahan-bahan yang dibaca.Lazimnya, ia harus memiliki kecepatan mata yang tinggi serta pandangan mata yang jauh. Ia juga harus boleh mengelompokkan kata-kata dengan baik dan cepat agar jelas maknanya bagi para pendengar.


Membaca mekanis merupakan satu ketrampilan yang serba rumit dan kompleks yang menuntut pengertian terhadap aksara di atas halaman kertas dan memproduksi suara yang tepat dan bermakna. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, membaca mekanis yang digunakan lebih tertumpu kepada usaha menganalisis pengucapan (pronunciation) daripada pemahaman. Membaca mekanis adalah satu teknik yang mampu memenuhi pelbagai ragam tujuan serta mengembangkan sejumlah ketrampilan serta minat.


Untuk membolehkan penguasaan membaca nyaring atau membaca secara mekanis ini, pembaca haruslah dapat terlebih dahulu menguasai keterampilan persepsi yang melibatkan penglihatan dan daya tanggap yang membolehkan kita mengenal, memahami kata-kata dengan cepat dan tepat. Aspek lain yang sama pentingnya adalah kemampuan mengelompokkan kata-kata dalam satu kesatuan fikiran serta membacanya dengan baik dan lancar.


Bacaan bersuara ialah bacaan mekanis yang menyuarakan tulisan dengan sebutan yang jelas dan terang, dengan intonasi dan irama mengikut gaya membaca yang betul dengan menggerakan alat-alat pertuturan.


2. Bahan Bacaan Mentalis (Senyap)


Membaca senyap atau membaca dalam hati (silent reading) ialah kegiatan membaca yang melibatkan ingatan visual (visual memory) dan pengaktifan mata dan ingatan. Tujuan utama membaca jenis ini adalah untuk memperoleh informasi dan pemahaman. Dibandingkan dengan membaca nyaring, membaca dalam hati atau membaca senyap adalah lebih ekonomis, dan dapat dilakukan di mana-mana sahaja.


Biasanya, membaca dalam hati atau senyap ini melibatkan dua jenis bacaan, iaitu membaca insentif dan membaca ekstensif. Kedua-duanya mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Oleh itu, bacaan senyap atau bacaan akaliah ialah bacaan yang disuarakan dalam hati atau menukar isi bacaan kepada maknanya tanpa mengeluarkan suara. Kelajuan bacaan senyap lebih pantas daripada bacaan bersuara kerana beberapa perkara yang dilakukan dalam bacaan bersuara seperti nada suara, sebutan yang jelas dan sebagainya tidak diperlukan dalam bacaan senyap. Bacaan senyap ini dijalankan sesudah murid-murid mencapai kemahiran dan kecekapan bacaan bersuara.


3. Bahan Bacaan Intensif (Pantas dan Imbasan)










Bacaan intensif ialah kegiatan membaca yang menuntut ketelitian dan dilakukan secara saksama yang melibatkan telaah isi dan pandangan terperinci sesuatu bahan bacaan. Dua perkara yang dilibatkan dengan bacaan insentif ini adalah membaca telaah isi dan membaca telaah bahasa. Dalam telaah isi ini, membaca teliti, membaca pemahaman, membaca kritis dan membaca idea adalah ditekankan.


Bacaan intensif adalah bacaan yang pada asasnya bertujuan memperkembangankan kebolehan dalam meneliti, memahami dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat. Bacaan tersebut juga memberi penekanan kepada kajian terhadap ciri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan perkataan, serta pemakaian bahasa itu dalam konteks dan situasi yang berlainan.


Bacaan intensif boleh juga boleh dibaca dengan pelbagai dua cara salah satunya ialah membaca pantas. Bacaan pantas adalah satu bentuk kegiatan membaca yang dilakukan dengan kadar kelajuan tertentu dan tujuannya adalah untuk menjimatkan masa. Walau bagaimanapun, membaca yang terlalu laju tidak semestinya baik. Sebaik-baiknya, kadar kelajuan membaca haruslah disesuaikan dengan apa yang dibaca dan tujuan membaca ketika itu.


Membaca yang dilakukan dalam keadaan yang terlalu pantas akan menyebabkan pembaca kehilangan isi-isi penting yang diperlukan atau gagal menggarap keseluruhan konsep yang cuba diketengahkan. Walau bagaimanapun, membaca yang terlalu perlahan tidak pula menguntungkan kerana hanya akan membazirkan masa. Membaca pantas hanya boleh berlaku melalui bacaan senyap atau membaca dalam.


Ini kerana dalam bacaan kuat atau bersuara, pembaca akan menurunkan keupayaan membaca mereka pada kadar kelajuan bercakap. Sewaktu membaca kuat, pembaca akan melibatkan pergerakan bibir dan lain-lain alat pengucapan manusia.


Selain daripada membaca pantas keduannya ialah bacaan imbasan yang juga dikenali sebagai scanning adalah kegiatan membaca yang dilakukan secara sepintas lalu. Hal ini disebut sebagai membaca tinjauan. Biasanya.sebelum kegiatan membaca itu dilakukan, pembaca akan meneliti terlebih dahulu bahagian-bahagian buku atau apa sahaja yang harus ditelaah. Hal ini dilakukan untuk mendapatkan maklumat awal dan gambaran keseluruhan tentang buku tersebut sebelum ia menjadi pilihan untuk dibaca.


Membaca sepintas lalu ini melibatkan pembaca memeriksa, meneliti indeks, melihat daftar kata yang terdapat dalam buku tersebut. Kadang kala proses melihat-lihat, memeriksa dan meneliti judul-judul bab juga dilakukan. Hal ini juga berlaku pada skema, rangka kasar buku, bahagian bibliografi, kandungan prakata, pendahuluan, sinopsis, abstrak dan sebagainya


4. Bahan Bacaan Ekstensif





Membaca ekstensif ialah kegiatan membaca secara luas. Objeknya meliputi sebanyak mungkin teks dalam jangka waktu yang singkat. Tujuan atau tuntutan kegiatan membaca ekstensif adalah untuk memahami isi yang penting-penting dengan cepat dan ia menganjurkan aktiviti membaca yang berkesan. Membaca ekstensif biasanya melibatkan perkara-perkara yang berikut:


a. Membaca tinjauan (survey reading)

Membaca tinjauan (survey reading) dilakukan sebelum kita memulakan sesuatu bacaan. Biasanya, kita akan meneliti apa yang akan kita telaah itu terlebih dahulu. Hal ini mungkin melibatkan kita memeriksa, meneliti indeks dan daftar kata yang terdapat dalam buku-buku tersebut atau mungkin kita akan melihat-lihat atau meneliti judul, bab, rangka besar, kandungan dan sebagainya. Latar belakang pengetahuan seseorang akan menentukan tepat atau tidaknya, cepat atau lambatnya tinjauan dapat dilakukan


b. Membaca sekilas (skimming)

Membaca sekilas (skimming) adalah sejenis kegiatan membaca yang melibatkan mata bergerak dengan cepat melihat, memperhatikan bahan-bahan bertulis untuk mencari dan mendapatkan maklumat dan penerangan.



c. Membaca dangkal (superticial reading)

Skimming adalah satu bentuk kegiatan membaca yang dilakukan secara sekilas pandang. Biasanya, melalui proses skimming, mata bergerak dengan cepat, melihat memerhatikan bahan bertulis untuk mendapatkan maklumat atau penerangan dengan serta-merta.


Satu daripada tujuan membaca sekilas adalah untuk mendapatkan kesan umum daripada sesebuah teks yang akan ditelaah. Pembaca mungkin akan melakukannya dengan jalan meneliti halaman judul, kata pengantar, daftar isi, gambar dan diagram, indeks dan sebagainya. Daripada tindakan begini, pembaca akan mendapat satu pandangan atau gambaran yang lebih baik dengan mempelajari sifat, hakikat dan jangkauan buku tersebut, susunan dan organisasinya.


Satu lagi tujuan membaca sekilas adalah untuk menemukan hal-hal tertentu. Lazim juga digunakan untuk menemukan bahan-bahan daripada pusat sumber atau perpustakaan. Membaca sekilas merupakan satu keterampilan yang sangat berfaedah sekiranya tidak disalahgunakan. Sekiranya kita dapat menggunakan dengan bijaksana, iaitu menggunakannya secara tepat dan cerdas, kita akan kagum betapa banyaknya maklumat dan fakta yang boleh perolehi dalam satu jangka masa yang singkat.


Membaca dangkal yang disebutkan juga sebagai superficial reading adalah bertujuan untuk mendapatkan pemahaman yang dangkal yang bersifat luaran atau tidak mendalam daripada sesuatu bahan bacaan. Bacaan ekstensif ialah bacaan meluas yang menekankan aktiviti–aktiviti membaca yang dilakukan di luar kelas. Bacaan ekstensif biasanya menitikberatkan aspek pengukuhan asas bacaan, menambah kemahiran memaham dan menaakul isi bacaan, meningkatkan kepantasan membaca. Membina dan mengukuhkan minat membaca dan kebolehan memetik isi-isi penting.



5. Bahan Bacaan Rekreasi






Membaca rekreasi adalah satu lagi bentuk kegiatan membaca yang tidak melibatkan perahan otak yang begitu serius. Bacaan jenis ini adalah untuk tujuan bersenang-senang dan dilakukan dalam keadaan bersantai. Bahan-bahan bacaannya adalah yang terdiri daripada bahan-bahan ringan yang dapat merangsang kepuasan dan menghiburkan. Lazimnya bahan-bahan yang dibaca ialah komik, cerita-cerita pendek, informasi tertentu, berita, bahan sastera dan pelbagai bentuk pengetahuan yang menyenangkan.






6. Bahan Bacaan Kritis






Bacaan kritis ialah kegiatan membaca yang dilakukan secara bijaksana, penuh ketelitian, mendalam, evaluatif serta analitis. Bacaan tersebut tidak hanya tertumpu kepada kesalahan-kesalahan atau kelemahan yang terdapat dalam bahan-bahan yang dibaca. Membaca kritis biasanya berdasarkan keupayaan memahami yang tinggi.


Proses bemula dengan penggalian yang mendalam di bawah permukaan untuk menemukan bukan hanya keseluruhan kebenaran tentang apa yang diperkatakan, tetapi juga menemukan alasan-alasan mengapa penulis mengetengahkan perkara yang dibincangkan itu.


Masalah Dalam Membaca


Masalah dalam membaca
Masalah utama yang didapati dalam proses membaca ialah ketidakupayaan menbaca oleh pembaca. Ketidakupayaan membaca merujuk kepada pembaca yang tidak langsung mempunyai kemahiran membaca dan tidak dapat menguasai kemahiran asas membaca seperti tidak dapat membuat diskriminasi antara bunyi huruf, tidak dapat mendekod perkataan berdasarkan bunyi bahsa Melayu, tidak dapat memecahkan symbol yang ada sama ada dalam bentuk grafik, atau numeric dalam bahasa Melayu yang betul.









1.     Kerosakan otak





Kerosakan otak boleh diakibatkan oleh kecederaan, penyakit atau kesan bahan toksik yang mencemar otak atau bahagian otak. Kecederaan otak boleh terjadi sejak mereka dilahirkan. Hal ini akan menyebabkan perubahan yang luar biasa terhadap bentuk. Kederaan otak yang dilalui akan menyukarkan mereka mengenal simbol-simbol dan sekaligus menyukarkan proses pembacaan berlaku. 





1.     Emosi
Kanak-kanak yang mengalami gangguan emosi sejak kecil contohnya mengalami kes penderaan, pengabaian, dan perpecahan keluarga menyebabkan mereka tidak mahu mengambil tahu atau mengambil berat akan pelajaran kerana gangguan emosi terlampau yang dialami. Hal ini sekaligus akan membuatkan mereka terdorong untuk tidak belajar membaca, menulis, mengira, dan sebagainya.









1.     Sosioekonomi
Kanak-kanak daripada status sosioekonomi yang rendah mempunyai pencapaian yang randah dalam proses membaca berbanding kanak-kanak daripda status sosioekonomi yang tinggi. Hal ini kerana, kanak-kanak yang berstatus sosioekonomi yang tinggi sering didedahkan dengan bahan bacaan oleh ibu bapa. Manakala, kanak-kanak yang berstatus sosioekonomi yang rendah kurang didedahkan dengan bahan bacaan kerana ibu bapa tidak berkemampuan untuk membeli bahan bacaan kepada anak-anak mereka. 





1.     Keturunan
kajian mengaitkan pencapaian seseorang dalam proses membaca dengan latar belakang keluarga membuktikan anak yang berasal daripada keluarga yang tidak tahu membaca lebih lemah dalam pencapaian membaca berbanding anak yang berasal daripada keluarga yang tahu membaca.



1.     Neurologi tidak berfungsi





Bahagian otak yang tidak berkembang sepenuhnya atau bahagian otak yang ertutup sebahagiannya sejak dilahirkan. Buta perkataan bagi orang dewasa juga boleh diakibatkan oleh serangan jantung. Hyperlexia – seseorang yang lambat perkembangan bahasa dan akal. 




Kaedah Belajar Membaca


Belajar Membaca


Belajar Membaca

 Kaedah Mengajar Membaca Bahasa Melayu di Peringkat Awal

1. Kaedah Abjad
Kaedah Abjad adalah kaedah mengenal nama-nama huruf yang digunakan dalam tulisan rumi.Murid-murid terlebih dahulu diajar menghafal nama-nama huruf mengikut susunannya menggunakan bahan-bahan visual dan audio seperti kad carta, kad huruf, CD, melalui permainan dan sebagainya. Huruf-huruf yang mula diperkenalkan adalah huruf-huruf besar dan diikuti dengan huruf-huruf kecil. Setelah itu murid-murid diajar menyebut huruf-huruf vokal a,e,i,o,u dan disusuli dengan membina suku-suku kata (contoh : “sa_ tu”). Kemudian murid-murid belajar mengeja perkataan-perkataan. Akhir sekali mereka dilatih membaca ayat-ayat mudah.
Kaedah abjad yang menegaskan kepada hafalan-hafalan dikatakan kurang bermakna dan membosankan bagi kanak-kanak. Dengan itu guru perlulah lebih kreatif dalam pengajaran serta menyediakan alat bantu mengajar yang dapat menarik minat murid supaya murid tidak cepat bosan atau mudah lupa. Berdasarkan pengalaman saya sebagai guru pemulihan,tidak semua murid yang masuk ke Tahun 1 pernah mendapat pendidikan awal di tadika mahupun pra-sekolah.Maka tidak hairanlah jika mereka masih belum mengenal huruf.Walau bagaimanapun masih terdapat murid-murid yang sudah mendapat pendididkan awal tetapi belum mengenal semua abjad disebabkan masalah pembelajaran.

Berikut adalah beberapa permainan untuk membantu murid belajar abjad:


 Permainan Abjad

    1. Lagu ABC
Murid berdiri dalam barisan. Setiap murid diberi sekeping kad imbasan abjad. Lagu ABC dimainkan. Murid menunjuk/mengangkat kad imbasan apabila huruf tertentu disebut/dinyanyi dalam lagu itu.
http://www.youtube.com/watch?v=w_-lz2BI2Co

    2. Belon Abjad
Murid berdiri dalam bulatan. Murid pertama memegang belon akan  menyebut huruf ‘A’ dua kali. Dia akan menyerahkan belon kepada rakan disebelahnya dan rakannya pula menyebut ‘B’ dan seterusnya sehingga ‘Z’.




    3. Cari Abjad
Guru letak kad imbasan abjad di papan tulis secara rawak. Bahagikan murid kepada kumpulan. Guru menyebut huruf dan murid menunjuk huruf itu. Kumpulan yang dapat menjawab dengan betul akan mendapat mata. Permainan ini boleh menggunakan huruf besar  atau huruf kecil sahaja. Jika mahu, boleh juga dicampur aduk huruf besar dengan huruf kecil. Contoh arahan: ‘Carikan huruf kecil ‘a’ atau ‘Carikan huruf besar ‘J’.


2.Kaedah Fonik
Mengajar murid membunyikan setiap huruf
Pada pendapat saya kedua-dua kaedah ini memberi manfaat kepada P&P. Dalam kaedah fonik, sememangnya murid perlu mengenal huruf. Setakat mengenal sahaja tidak memadai, murid juga perlu tahu bunyi setiap huruf untuk membantu mereka membaca dengan lebih cepat.







3.Kaedah Pandang Sebut (Kaedah Seluruh Perkataan)

-      Perkataan ditulis di papan tulis bersama gambar. Contoh ‘bola’
-      Murid menyebut perkataan tersebut sambil melihat gambar bola
-       Kaedah seluruh perkataan dikatakan sesuai untuk mengajar bahasa Mandarin






4.Kaedah Bunyi- Kata
-Mulakan dengan membunyikan huruf vocal. Contoh: a…i…u…
-Pilih konsonan mudah. Contoh: b,n,k 
-Bunyikan huruf ‘b’ /bah/ beberapa kali 
-Bina suku kata ‘ba’, ‘bi’, ‘bu’
-Baca perkataan yang mengandungi suku kata ‘ba’, ‘bi’ dan ‘bu’
Contoh: ‘baju’, ‘ubi’ dan ‘ibu’
-Dalam kaedah ini murid tidak perlu tahu semua huruf dalam abjad sebelum diajar membaca 
-Kaedah  ini  sistematik dan fonemik kerana berasaskan satu huruf satu bunyi





4.Kaedah Bunyi- Kata
-Mulakan dengan membunyikan huruf vocal. Contoh: a…i…u…
-Pilih konsonan mudah. Contoh: b,n,k 
-Bunyikan huruf ‘b’ /bah/ beberapa kali 
-Bina suku kata ‘ba’, ‘bi’, ‘bu’
-Baca perkataan yang mengandungi suku kata ‘ba’, ‘bi’ dan ‘bu’
Contoh: ‘baju’, ‘ubi’ dan ‘ibu’
-Dalam kaedah ini murid tidak perlu tahu semua huruf dalam abjad sebelum diajar membaca 
-Kaedah  ini  sistematik dan fonemik kerana berasaskan satu huruf satu bunyi