Friday 17 May 2013

Pendekatan Dalam Mengajar Membaca

Pendekatan dalam mengajar membaca


Dalam pendekatan dalam mengajar membaca terdapat empat pendekatan. Pendekatan yang pertama ialah pendekatan binaan, pendekatan cerakinan, pendekatan elektrik, pendekatan berformat KBSR iaitu mempunyai empat juga pendekatan yang dinamakan pendekatan A, pendekatan B, pendekatan C, dan akhir sekali pendekatan D


Pendekatan binaan

Cara yang bersandarkan prinsip sintesis atau membina atau dengan lain perkataan menyusun bahagian-bahagian yang kecil menjadi satu benda yang besar.


Dalam pembelajaran bahasa, murid akan belajar secara beransur-ansur daripada peringkat yang lebih mudah kepada yang kompleks. Hal ini bertujuan bagi memudahkan murid memahami apa yang telah dipelajari secara berstruktur dan menyeluruh. Dalam pendekatan binaan, murid akan diajar dengan cara atau kaedah dalam menulis abjad, seterusnya suku kata, perkataan, frasa, ayat sehingga mereka boleh mencapai kaedah penulisan pelahiran iaitu melahirkan wacana dengan baik.


Contoh:


Kasut kakak warna merah


Cara untuk menerangkan ialah


v Memperkenalkan huruf


v Memperkenalkan suku kata


v Memperkenalkan perkataan


v Memperkenalkan rantai kata


v Memperkenalkan keseluruhan ayat


v Pada keseluruhannya akan diajar cara penyebutan dan juga bunyi huruf




Pendekatan cerakinan


Satu cara yang berlawanan prinsipnya dengan cara sintesis


Menggunakan prinsip analisa atau mencerakin atau dengan perkataan lain mencerai-ceraikan satu bahagian yang besar kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil.


murid dapat mengeja dan membaca huruf, suku kata, perkataan dan ayat dengan baik. Maka daripada sebuah ayat lengkap, guru akan mencerakinkan kepada beberapa perkataan bagi memudahkan murid untuk membaca. Daripada beberapa perkataan ,guru akan menyebut perkataan tersebut mengikut suku kata tertentu seterusnya memperkenalkan satu persatu huruf yang terdapat dalam setiap suku kata.


Contoh:


Kakak beli kasut baru


Cara untuk menerangkan ialah


v Cerakin perkataan


v Dipecahkan menjadi suka kata


v Pecahkan menjadi huruf-huruf


v Mencantumkan semula




Pendekatan elektrik

Cara mengajar bahan bacaan dengan cara menggunakan kaedah campuran daripada dua cara yang terbesar iaitu cara membina dan cara cerakinan

Cara membina mengandungi kaedah bunyi, kaedah huruf, dan kaedah suku kata.

Cara cerakinan pula mengandungi kaedah perkataan, kaedah rangkai kata dan kaedah ayat. semua kaedah ini disebut kaedah pandang dengar.


Pendekatan ini bertujuan bagi menguji dan melihat sejauh mana pencapaian atau prestasi yang telah ditonjolkan oleh murid terhadap pengalaman bahasa yang telah mereka pelajari terlebih dahulu. Sekiranya murid mampu mengikut pengajaran guru berasaskan pendekatan ini, maka pengajaran guru telah memberi respon positif daripada murid-murid sekali gus berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan.


Pendekatan berformat KBSR

Pendekatan ini dicadangkan untuk dilaksanakan dalam pengajaran mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah. Pendekatan yang keempat ialah pendekatan berformatkan KBSR. Terdapat empat pendekatan yang berformatkan KBSR yang mana pendekatan ini dinamakan atau dikenali juga sebagai pendekatan A, B, C dan D.



v Pendekatan A

kaedah campuran yang memberatkan bentuk Cerakinan-kegiatan pramembaca adalah diperlukan pada peringkat awal-dalam pengenalan huruf, penekanan adalah pada bunyi huruf itu. Pengenalan kepada nama huruf dilakukan secara tidak langsung dan digalakkan selepas bunyinya dikuasai.


o Pendekatan A boleh dilaksanakan mengikut langkah-langkah yang berikut :


§ Tunjukkan gambar meja


§ Tunjukkan perkataan meja


§ Tunjukkan suka kata me ja


§ Gandingkan suka kata me ja


§ Ajarkan bunyi huruf


§ Ajarkan bunyi suka kata


v Pendekatan B

Pendekatan B pula kaedah yang berasaskan kepada kaedah fonik (bunyi) yang digabungkan dengan kaedah suku kata, serta dibantu oleh kaedah pandang dan sebut. Penggabungan kaedah-kaedah ini adalah untuk menjelaskan makna perkataan yang dipelajari dan memperlihatkan susunan bunyi dalam perkataan yang bermakna.


o Pendekatan B boleh dilaksanakan melalui langkah-langkah berikut:


§ Memperkenalkan huruf fonik


§ Sebutkan huruf fonik


§ Gabungkan bunyi suku kata


§ Suka kata tertutup


§ Gabungkan suka kata menjadi perkataan


§ Baca perkataan




v Pendekatan C

Pendekatan C juga dinamakan sebagai pendekatan bunyi kata. Ini kerana berdasarkan tiga perkara iaitu kerana sistem ejaan bahasa Melayu adalah sistematik dan fonemik, kebanyakan suku kata dalam bahasa Melayu adalah jelas dan mudah serta perkataan-perkataan yang digunakan pada permulaan pendekatan ini telah pun diketahui maknanya oleh kebanyakan murid.


o Pendekatan c boleh dilakukan dengan langkah berikut:


§ Memperkenalkan bunyi vokal


§ Memperkenalkan bunyi konsonan


§ Gabung bunyi vokal dan konsonan


§ Cantumkan suka kata


§ Baca perkataan



v Pendekatan D

Pendekatan D juga pendekatan yang berdasarkan prinsip “sintesis” atau membina, iaitu menyusun bahagian-bahagian yang kecil menjadi besar. Kaedah-kaedah yang terkandung dalam pendekatan ini ialah kaedah abjad atau mengeja, kaedah bunyi huruf, dan kaedah suku kata. Bahan-bahan pengajaran terdiri daripada gambar-gambar, kad-kad abjad, suku kata dan perkataan.


o Pendekatan D boleh dilakukan seperti berikut:


§ Tunjukkan jenis objek


§ Tunjukkan kad huruf objek


§ Perkenalkan suku kata


§ Perkenalkan nama objek


§ Membaca ayat