Definisi membaca
Menurut kamus dewan
edisi ke empat baca telah ditakrifkan sebagai memerhatikan isi sesuatu yang
tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna dan kandungannya.
Membaca adalah satu proses yang kompleks yang mana sesuatu isi atau maklumat
yang bermakna disampaikan melalui lambang-lambang bertulis. Hal ini kerana
proses membaca terdiri daripada gabungan beberapa proses yang kompleks
antaranya ialah proses sensori, proses pengamatan, proses bahasa, dan proses
kongnitif. Dimana setiap proses tersebut akan memainkan peranan yang penting
dalam proses membaca secara keseluruhannya.
Selain daripada itu
menurut Pumfrey (1977) berpendapat membaca bukanlah hanya setakat bersifat
mekanik, iaitu membunyikan huruf-huruf yang dicetak dan menjawab beberapa soalan
tentang apa yang dibaca, tetapi membaca adalah lebih jauh daripada itu. Membaca
adalah satu proses pemikiran yang membina. Maksud beliau, dengan membaca,
seseorang itu harus dapat membina kebolehan menilai, mengulas dan mengkritik
apa yang dibaca dengan tepat, memahami kehendak situasi dan aspirasi masyarakat
di sekeliling, membina sikap dan cita-cita serta fikiran yang terbuka dan
positif.
Psikolinguitik
kognitif menolak definisi membaca menurut fahaman teori pembelajaran lama yang
mengatakan bahawa membaca adalah satu kegiatan mengenal kata-kata dengan cara
membunyikannya (dalam hati) dan kemudian menarik erti daripada kata-kata itu.
Definisi ini
seolah-olah mementingkan pengenalan kata yang tepat satu persatu dengan cara
menyembunyikannya lebih dahulu sebelum kita dapat menarik erti sesuatu kalimat.
Definisi ini mengetepikan peranan yang dimainkan oleh pembaca. Pembaca
merupakan satu organisma yang pasif yang hanya menunggu kemasukan erti dari
luar. Ini merupakan satu proses satu hala yang sangat bercanggah dengan keadaan
sebenarnya. Proses satu hala ini ditentang oleh psikolinguistik kognitif kerana
tidak mengambil kira peranan yang dimainkan oleh pembaca.
TEORI MEMBACA
Teori kecekapan verbal
Perfetti(1985,
1988) memperkenalkan teori yang penting dalam kemahiran membaca iaitu teori
kecekapan verbal yang menekankan kemahiran membaca dengan meluaskan melangkaui
proses mentafsir kod. Selain daripada ciri automatik dalam menguasai bahasa,
aspek lain yang berkaitan dengannya adalah resolusi anafora, membuat kenyataan
atau cadangan secara bersepadu, aktiviti yang berkaitan dengan ingatan dan
strategi meta kognitif yang digunakan. Berdasarkan teori ini setiap pembaca
mempunyai profil sendiri bagi tujuan menguasai kecekapan verbal. Seseorang pambaca
akan bertambah efisien dalam kecekapan verbal, bermakna lebih banyak perhatian
dan sumber rujukan. Selain daripada itu juga, teori ini berdasarkan kapasiti
tanggapan bagi sesuatu pemerhatian yang merujuk kepada perhatian dan sumber
ingatan yang terhad dalam diri pembaca (Benjafield,1997). Teori ini juga
membincangkan sejauh mana sesuatu kod kompenan berhubung dengan pemahaman.
Pembaca yang cekap selalunya lebih mudah lupa perkara yang sudah dibacanya.
Bagi pembaca yang tidak cekap dalam membaca juga adalah disebabkan oleh skemata
yang terhad. Bagi pembaca yang kurang pengetahuan apabila berkaitan dengan teks
yang dibaca juga akan menyukarkan pembaca memahami kandungan teks.
Teori memindahkan maklumat
Teori
yang berasaskan pandangan La Berge dan Samuel (1985) dan Gough (1985) ini
dipengaruhi oleh psikologi kognitif dan bertanggungjawab secara meluas
menyatakan aktiviti membaca adalah proses memindahkan maklumat. Mereka
mengandaikan membaca sebagai proses mengenali huruf demi huruf dan perkataan demi
perkataan. Mereka juga percaya pembaca berinteraksi dengan teks dengan tujuan
mendapatkan makna daripada muka surat yang dibaca kepada pemikirannya. Bagi
melakukannya, pembaca memerlukan kemahiran khusus yang membolehkan mereka
melakukan proses pemindahan maklumat tersebut. Beberapa aspek utama dapat
dikenal pasti dalam fasa proses pembelajaran. Di antaranya ialah kesediaan,
motivasi, pengamatan, ingatan dan lupaan serta pemindahan. Teori ini menumpukan
kepada bagaimana pelajar memproses maklumat. Maklumat yang baru disimpan dalam
ingatan jangka pendek. Kemudian diproses sebelum disimpan ke ingatan jangka
panjang. Kombinasi pengetahuan (maklumat yang diproses) & kemahiran di
ingatan jangka panjang akan membina strategi-strategi kognitif atau kemahiran
yang berkaitan dengan tugas-tugas yang kompleks.
Teori membaca secara automatik
La Berger dan Samuel (1974) mengatakan teori
membaca adalah secara automatik. Teori ini menganggap wujudnya perkembangan
dalam penguasaan kemahiran membaca secara automatik. Di samping itu, cara ini
juga menganggap wujudnya perbezaan antara proses bersifat automatik dan proses
kawalan membaca. Sub kompenan dalam kemahiran membaca seperti mengecam huruf
dan seterusnya mengecam perkataan dikuasai secara automatik melalui latihan.
Oleh itu, sumber-sumber ini diperlukan bagi membantu menguasai kemahiran asas membaca.
Bukan itu sahaja, ia juga mengamalkan hubungan yang positif dijalankan antara
kemahiran pemahaman membaca teks secara automatik berupaya mengawal teks serta
mempunyai lebih faham. Oleh itu, ketika membaca pembaca perlulah menekankan
pengawalan eksekutif supaya dapat membantu pembaca memahami teks dengan lebih
berkesan.