Belajar Membaca
Kaedah Mengajar Membaca Bahasa Melayu di Peringkat Awal
1. Kaedah Abjad
Kaedah Abjad adalah kaedah mengenal nama-nama huruf yang
digunakan dalam tulisan rumi.Murid-murid terlebih dahulu diajar menghafal
nama-nama huruf mengikut susunannya menggunakan bahan-bahan visual dan audio
seperti kad carta, kad huruf, CD, melalui permainan dan sebagainya. Huruf-huruf
yang mula diperkenalkan adalah huruf-huruf besar dan diikuti dengan huruf-huruf
kecil. Setelah itu murid-murid diajar menyebut huruf-huruf vokal a,e,i,o,u dan
disusuli dengan membina suku-suku kata (contoh : “sa_ tu”). Kemudian
murid-murid belajar mengeja perkataan-perkataan. Akhir sekali mereka dilatih
membaca ayat-ayat mudah.
Kaedah abjad yang menegaskan kepada hafalan-hafalan dikatakan
kurang bermakna dan membosankan bagi kanak-kanak. Dengan itu guru perlulah
lebih kreatif dalam pengajaran serta menyediakan alat bantu mengajar yang dapat
menarik minat murid supaya murid tidak cepat bosan atau mudah lupa. Berdasarkan
pengalaman saya sebagai guru pemulihan,tidak semua murid yang masuk ke Tahun 1
pernah mendapat pendidikan awal di tadika mahupun pra-sekolah.Maka tidak
hairanlah jika mereka masih belum mengenal huruf.Walau bagaimanapun masih
terdapat murid-murid yang sudah mendapat pendididkan awal tetapi belum mengenal
semua abjad disebabkan masalah pembelajaran.
Berikut adalah beberapa permainan untuk membantu murid belajar
abjad:
Permainan
Abjad
1. Lagu
ABC
Murid berdiri dalam
barisan. Setiap murid diberi sekeping kad imbasan abjad. Lagu ABC dimainkan.
Murid menunjuk/mengangkat kad imbasan apabila huruf tertentu disebut/dinyanyi
dalam lagu itu.
http://www.youtube.com/watch?v=w_-lz2BI2Co
2. Belon
Abjad
Murid berdiri dalam
bulatan. Murid pertama memegang belon akan menyebut huruf ‘A’ dua kali.
Dia akan menyerahkan belon kepada rakan disebelahnya dan rakannya pula menyebut
‘B’ dan seterusnya sehingga ‘Z’.
3. Cari
Abjad
Guru letak kad imbasan
abjad di papan tulis secara rawak. Bahagikan murid kepada kumpulan. Guru
menyebut huruf dan murid menunjuk huruf itu. Kumpulan yang dapat menjawab
dengan betul akan mendapat mata. Permainan ini boleh menggunakan huruf
besar atau huruf kecil sahaja. Jika mahu, boleh juga dicampur aduk huruf
besar dengan huruf kecil. Contoh arahan: ‘Carikan huruf kecil ‘a’ atau ‘Carikan
huruf besar ‘J’.
2.Kaedah Fonik
Mengajar murid
membunyikan setiap huruf
Pada pendapat saya
kedua-dua kaedah ini memberi manfaat kepada P&P. Dalam kaedah fonik,
sememangnya murid perlu mengenal huruf. Setakat mengenal sahaja tidak memadai,
murid juga perlu tahu bunyi setiap huruf untuk membantu mereka membaca dengan
lebih cepat.
3.Kaedah Pandang Sebut
(Kaedah Seluruh Perkataan)
-
Perkataan ditulis di papan tulis bersama gambar. Contoh ‘bola’
-
Murid menyebut perkataan tersebut sambil melihat gambar bola
- Kaedah
seluruh perkataan dikatakan sesuai untuk mengajar bahasa Mandarin
4.Kaedah Bunyi- Kata
-Mulakan dengan
membunyikan huruf vocal. Contoh: a…i…u…
-Pilih konsonan mudah.
Contoh: b,n,k
-Bunyikan huruf ‘b’ /bah/
beberapa kali
-Bina suku kata ‘ba’,
‘bi’, ‘bu’
-Baca perkataan yang
mengandungi suku kata ‘ba’, ‘bi’ dan ‘bu’
Contoh: ‘baju’, ‘ubi’ dan
‘ibu’
-Dalam kaedah ini murid
tidak perlu tahu semua huruf dalam abjad sebelum diajar membaca
-Kaedah ini
sistematik dan fonemik kerana berasaskan satu huruf satu bunyi
4.Kaedah Bunyi- Kata
-Mulakan dengan
membunyikan huruf vocal. Contoh: a…i…u…
-Pilih konsonan mudah.
Contoh: b,n,k
-Bunyikan huruf ‘b’ /bah/
beberapa kali
-Bina suku kata ‘ba’,
‘bi’, ‘bu’
-Baca perkataan yang
mengandungi suku kata ‘ba’, ‘bi’ dan ‘bu’
Contoh: ‘baju’, ‘ubi’ dan
‘ibu’
-Dalam kaedah ini murid
tidak perlu tahu semua huruf dalam abjad sebelum diajar membaca
-Kaedah ini
sistematik dan fonemik kerana berasaskan satu huruf satu bunyi
No comments:
Post a Comment
Jangan lupa komen tau!