Thursday 16 May 2013

Definisi membaca


Definisi membaca


Menurut kamus dewan edisi ke empat baca telah ditakrifkan sebagai memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna dan kandungannya. Membaca adalah satu proses yang kompleks yang mana sesuatu isi atau maklumat yang bermakna disampaikan melalui lambang-lambang bertulis. Hal ini kerana proses membaca terdiri daripada gabungan beberapa proses yang kompleks antaranya ialah proses sensori, proses pengamatan, proses bahasa, dan proses kongnitif. Dimana setiap proses tersebut akan memainkan peranan yang penting dalam proses membaca secara keseluruhannya.

Selain daripada itu menurut Pumfrey (1977) berpendapat membaca bukanlah hanya setakat bersifat mekanik, iaitu membunyikan huruf-huruf yang dicetak dan menjawab beberapa soalan tentang apa yang dibaca, tetapi membaca adalah lebih jauh daripada itu. Membaca adalah satu proses pemikiran yang membina. Maksud beliau, dengan membaca, seseorang itu harus dapat membina kebolehan menilai, mengulas dan mengkritik apa yang dibaca dengan tepat, memahami kehendak situasi dan aspirasi masyarakat di sekeliling, membina sikap dan cita-cita serta fikiran yang terbuka dan positif.

Psikolinguitik kognitif menolak definisi membaca menurut fahaman teori pembelajaran lama yang mengatakan bahawa membaca adalah satu kegiatan mengenal kata-kata dengan cara membunyikannya (dalam hati) dan kemudian menarik erti daripada kata-kata itu.

Definisi ini seolah-olah mementingkan pengenalan kata yang tepat satu persatu dengan cara menyembunyikannya lebih dahulu sebelum kita dapat menarik erti sesuatu kalimat. Definisi ini mengetepikan peranan yang dimainkan oleh pembaca. Pembaca merupakan satu organisma yang pasif yang hanya menunggu kemasukan erti dari luar. Ini merupakan satu proses satu hala yang sangat bercanggah dengan keadaan sebenarnya. Proses satu hala ini ditentang oleh psikolinguistik kognitif kerana tidak mengambil kira peranan yang dimainkan oleh pembaca.




 TEORI MEMBACA

Teori kecekapan verbal 

Perfetti(1985, 1988) memperkenalkan teori yang penting dalam kemahiran membaca iaitu teori kecekapan verbal yang menekankan kemahiran membaca dengan meluaskan melangkaui proses mentafsir kod. Selain daripada ciri automatik dalam menguasai bahasa, aspek lain yang berkaitan dengannya adalah resolusi anafora, membuat kenyataan atau cadangan secara bersepadu, aktiviti yang berkaitan dengan ingatan dan strategi meta kognitif yang digunakan. Berdasarkan teori ini setiap pembaca mempunyai profil sendiri bagi tujuan menguasai kecekapan verbal. Seseorang pambaca akan bertambah efisien dalam kecekapan verbal, bermakna lebih banyak perhatian dan sumber rujukan. Selain daripada itu juga, teori ini berdasarkan kapasiti tanggapan bagi sesuatu pemerhatian yang merujuk kepada perhatian dan sumber ingatan yang terhad dalam diri pembaca (Benjafield,1997). Teori ini juga membincangkan sejauh mana sesuatu kod kompenan berhubung dengan pemahaman. Pembaca yang cekap selalunya lebih mudah lupa perkara yang sudah dibacanya. Bagi pembaca yang tidak cekap dalam membaca juga adalah disebabkan oleh skemata yang terhad. Bagi pembaca yang kurang pengetahuan apabila berkaitan dengan teks yang dibaca juga akan menyukarkan pembaca memahami kandungan teks.


Teori memindahkan maklumat

Teori yang berasaskan pandangan La Berge dan Samuel (1985) dan Gough (1985) ini dipengaruhi oleh psikologi kognitif dan bertanggungjawab secara meluas menyatakan aktiviti membaca adalah proses memindahkan maklumat. Mereka mengandaikan membaca sebagai proses mengenali huruf demi huruf dan perkataan demi perkataan. Mereka juga percaya pembaca berinteraksi dengan teks dengan tujuan mendapatkan makna daripada muka surat yang dibaca kepada pemikirannya. Bagi melakukannya, pembaca memerlukan kemahiran khusus yang membolehkan mereka melakukan proses pemindahan maklumat tersebut. Beberapa aspek utama dapat dikenal pasti dalam fasa proses pembelajaran. Di antaranya ialah kesediaan, motivasi, pengamatan, ingatan dan lupaan serta pemindahan. Teori ini menumpukan kepada bagaimana pelajar memproses maklumat. Maklumat yang baru disimpan dalam ingatan jangka pendek. Kemudian diproses sebelum disimpan ke ingatan jangka panjang. Kombinasi pengetahuan (maklumat yang diproses) & kemahiran di ingatan jangka panjang akan membina strategi-strategi kognitif atau kemahiran yang berkaitan dengan tugas-tugas yang kompleks.


Teori membaca secara automatik

La Berger dan Samuel (1974) mengatakan teori membaca adalah secara automatik. Teori ini menganggap wujudnya perkembangan dalam penguasaan kemahiran membaca secara automatik. Di samping itu, cara ini juga menganggap wujudnya perbezaan antara proses bersifat automatik dan proses kawalan membaca. Sub kompenan dalam kemahiran membaca seperti mengecam huruf dan seterusnya mengecam perkataan dikuasai secara automatik melalui latihan. Oleh itu, sumber-sumber ini diperlukan bagi membantu menguasai kemahiran asas membaca. Bukan itu sahaja, ia juga mengamalkan hubungan yang positif dijalankan antara kemahiran pemahaman membaca teks secara automatik berupaya mengawal teks serta mempunyai lebih faham. Oleh itu, ketika membaca pembaca perlulah menekankan pengawalan eksekutif supaya dapat membantu pembaca memahami teks dengan lebih berkesan. 



1 comment:

  1. 100% Bonus up to $25 Casino Coupon Code
    At Casino Bonuses link 12bet you can use your $25 casino coupon code or try an existing promo rb88 code with the latest promo code at the 카지노 가입 쿠폰 top

    ReplyDelete

Jangan lupa komen tau!